Tetapan kamera pegun
Untuk melaraskan tetapan kamera pegun
1
Aktifkan kamera.
2
Untuk memaparkan semua tetapan, ketik .
3
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian sunting seperti yang diingini.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera pegun
Resolusi
Pilih antara beberapa resolusi dan nisbah aspek sebelum mengambil foto. Foto dengan
resolusi yang lebih tinggi mempunyai kualiti yang lebih tinggi, tetapi memerlukan ingatan
yang lebih banyak.
Kamera utama:
23MP
5520×4144 (4:3)
Resolusi 23 megapiksel dengan nisbah aspek 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda
lihat pada paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
20MP
5984×3376 (16:9)
Resolusi 20 megapiksel dengan nisbah aspek 16:9. Sesuai untuk foto yang anda ingin
lihat pada paparan skrin luas.
100
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
12MP
4000×3008 (4:3)
Resolusi 12 megapiksel dengan nisbah aspek 4:3. Sesuai untuk foto yang anda ingin
lihat pada paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
12MP
4624×2608 (16:9)
Resolusi 12 megapiksel dengan nisbah aspek 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda
lihat pada paparan skrin lebar.
3MP
2048×1536 (4:3)
Resolusi 3 megapiksel dengan nisbah aspek 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda
lihat pada paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi. Tetapan ini hanya
tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
2MP
1920×1088 (16:9)
Resolusi 2 megapiksel dengan nisbah aspek 16:9. Sesuai untuk foto yang anda ingin
lihat pada paparan skrin luas. Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Kamera depan:
8MP
3264×2448 (4:3)
Resolusi 8 megapiksel dengan nisbah aspek 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda
lihat pada paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
5MP
3072×1728 (16:9)
Saiz gambar 5 mega piksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang anda
ingin lihat pada paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
3MP
2048×1536 (4:3)
Resolusi 3 megapiksel dengan nisbah aspek 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda
lihat pada paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi. Tetapan ini hanya
tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
2MP
1920×1088 (16:9)
Resolusi 2 megapiksel dengan nisbah aspek 16:9. Sesuai untuk foto yang anda ingin
lihat pada paparan skrin luas. Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Pemasa kendiri
Dengan pemasa kendiri, anda boleh mengambil foto tanpa memegang peranti. Gunakan
fungsi ini untuk mengambil potret sendiri atau foto kumpulan dengan semua orang
dalam foto. Anda juga boleh gunakan pemasa kendiri jika anda mahu elak
menggoncangkan kamera semasa mengambil foto.
10 saat
Tetapkan tundaan 10 saat mengambil foto dari masa anda mengetik butang pengatup atau menekan
kamera.
101
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
3 saat
Tetapkan tundaan 3 saat mengambil foto dari masa anda mengetik butang pengatup atau menekan kamera.
Matikan
Foto diambil sebaik sahaja anda mengetik butang pengatup atau menekan kekunci kamera.
Kesan kulit lembut
Anda boleh menghidupkan
Kesan kulit lembut pada peranti anda untuk menjadikan tona
kulit dilembutkan sedikit semasa mengambil selfie dalam mod tangkapan
Manual dan
Auto superior.
Penjejakan objek
Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera
menjejakinya untuk anda.
HDR
Gunakan tetapan HDR (High Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi) untuk mengambil foto
bertentangan cahaya latar yang terang atau dalam keadaan apabila kontras tajam. HDR
mengimbangkan kehilangan butiran dan menghasilkan gambar yang mewakili kawasan
gelap dan juga cerah.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
ISO
Kepekaan ISO boleh ditetapkan untuk dilaraskan secara automatik atau boleh dilaraskan
secara manual kepada julat tetapan kepekaan daripada 50 hingga 3200.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Permeteran
Fungsi ini menentukan dedahan seimbang secara automatik dengan mengukur jumlah
cahaya yang terpancar pada subjek yang anda ingin tangkap.
Muka
Mengukur jumlah cahaya pada muka subjek anda dan melaraskan dedahannya supaya muka tidak terlalu
gelap mahupun terlalu cerah.
Tengah
Menentukan tengah imej dan menetapkan dedahan berdasarkan kecerahan subjek di sana.
Titik
Melaraskan dedahan dalam bahagian subjek paling kecil yang anda ingin tangkap.
Sentuh
Laraskan dedahan ke bahagian subjek yang diingini apabila anda menyentuh skrin.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Denyar
Gunakan denyar untuk mengambil foto semasa keadaan pencahayaan tidak terang atau
apabila terdapat cahaya latar. Pilihan berikut tersedia apabila anda mengetik ikon denyar
pada skrin kamera:
Auto
Kamera menentukan sama ada keadaan pencahayaan memerlukan penggunaan
denyar atau tidak secara automatik.
102
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Hidupkan denyar
Gunakan tetapan ini apabila latar belakang adalah lebih cerah daripada subjek.
Tetapan ini mengalih keluar bayangan gelap yang tidak diingini.
Pengurangan 'red eye'
Mengurangkan warna merah mata semasa mengambil foto.
Matikan
Denyar dimatikan. Kadangkala, kualiti foto boleh menjadi lebih baik tanpa denyar,
walaupun keadaan pencahayaan lemah. Mengambil foto yang baik tanpa
menggunakan denyar memerlukan tangan yang stabil. Gunakan pemasa kendiri
untuk mengelakkan foto yang kabur.
Lampu suluh
Denyar bersinar secara berterusan semasa mengambil gambar.
Denyar potret malam
Gunakan tetapan ini untuk foto potret yang diambil pada waktu malam atau dalam
persekitaran yang bercahaya malap. Oleh sebab masa pendedahan yang lama,
kamera mesti dipegang pegun atau diletakkan pada permukaan yang stabil.