Sony Xperia XA1 - Tetapan kamera video

background image

Tetapan kamera video

Untuk melaraskan tetapan kamera video

1

Aktifkan kamera.

2

Leret pada skrin untuk memilih

.

3

Untuk memaparkan tetapan, ketik .

4

Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian lakukan perubahan anda.

Gambaran keseluruhan tetapan kamera video

Resolusi video

Laraskan resolusi video untuk format yang berbeza. HD merujuk pada Definisi Tinggi,

manakala FPS merujuk pada Bingkai Per Saat. Kadar FPS yang lebih tinggi memberikan

video yang lebih lancar, pada kos saiz fail yang lebih besar.
Kamera utama:

HD penuh (30 fps)
1920×1080 (16:9)
Format Full HD (Definisi Tinggi Penuh) dengan 30 fps dan nisbah aspek 16:9.

HD
1280×720 (16:9)
Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah aspek 16:9.

VGA
640×480 (4:3)
Format VGA dengan nisbah aspek 4:3.

MMS
Rakam video yang sesuai untuk dihantar dalam mesej multimedia. Masa rakaman bagi

format ini adalah terhad supaya fail video boleh muat dalam mesej multimedia.

Kamera depan:

103

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

HD Penuh
1920×1080 (16:9)
Format HD Penuh (Definisi Tinggi Penuh) dengan nisbah bidang 16:9.

HD
1280×720 (16:9)
Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah aspek 16:9.

VGA
640×480 (4:3)
Format VGA dengan nisbah aspek 4:3.

MMS
Rakam video yang sesuai untuk dihantar dalam mesej multimedia. Masa rakaman bagi

format ini adalah terhad supaya fail video boleh muat dalam mesej multimedia.

Tangkapan auto (video)

Hidupkan tangkapan auto untuk mengambil gambar secara automatik semasa merakam

video. Menggunakan ciri Smile shutter™, kamera menangkap gambar muka tersenyum

secara automatik semasa anda terus merakam video anda.

Untuk menghidupkan Smile Shutter™ (video)

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik .

3

Cari dan ketik

Penangkapan auto (video) > Pengatup Senyum.

SteadyShot™

Apabila merakam video, memegang peranti dengan stabil boleh menjadi sukar. Penstabil

membantu anda dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan.

Lampu

Gunakan suluh bagi menyediakan pencahayaan untuk video apabila keadaan

pencahayaan ambien tidak terang atau apabila terdapat cahaya latar. Ikon denyar video

tersedia pada skrin kamera video. Ambil perhatian bahawa kadangkala kualiti video

lebih baik tanpa cahaya walaupun keadaan pencahayaan kurang memuaskan.

Hidupkan

Matikan

Maklumat sokongan Kamera lebih lanjut

Gunakan menu Bantuan untuk mencari ujian berkaitan kamera dan maklumat lain yang

berguna. Untuk mengakses sokongan, ikuti langkah-langkah di bawah.

1

Buka aplikasi kamera.

2

Ketik , kemudian ketik

Lagi > Bantuan.

104

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.