Sony Xperia XA1 - Memulakan peranti anda untuk kali pertama

background image

Memulakan peranti anda untuk kali pertama

Anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit sebelum memulakan

peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan peranti anda semasa ia

sedang dicas, lihat

Mengecas peranti anda

di halaman 35.

Kali pertama anda memulakan peranti anda, panduan persediaan membantu anda

mengkonfigurasikan tetapan asas, memperibadikan peranti anda dan mendaftar masuk

ke akaun anda, contohnya akaun Google™.

Untuk menghidupkan peranti

Menggunakan kabel USB Type-C™ (disediakan) adalah penting apabila mengecas peranti

anda kerana jenis kabel USB lain boleh merosakkan peranti anda. Bateri disyorkan agar dicas

selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda menghidupkan peranti untuk pertama kali.

1

Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga peranti bergetar.

2

Masukkan PIN untuk kad SIM 1 dan 2 anda apabila diminta, kemudian ketik

.

3

Tunggu sebentar sementara peranti dimulakan.

PIN kad SIM anda pada mulanya dibekalkan oleh pengendali rangkaian anda, tetapi anda

boleh menukarnya kemudian daripada menu Tetapan. Untuk membetulkan kesilapan yang

dilakukan semasa memasukkan PIN kad SIM anda, ketik

.

Untuk mematikan peranti

1

Tekan dan tahan kekunci kuasa sehingga menu pilihan dibuka.

2

Dalam menu pilihan, ketik

Matikan kuasa.

Sedikit masa diperlukan untuk peranti ditutup.