Pemasangan
Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Kad SIM mikro nano dan kad memori
mempunyai slot berasingan dalam pemegang yang sama. Pastikan anda tidak terkeliru
antara kedua-duanya.
Untuk mencegah kehilangan data, sila pastikan anda menutup peranti atau menyahlekapkan
kad memori sebelum anda menyeret keluar pemegang untuk mengeluarkan kad SIM nano atau
kad memori daripada peranti.
7
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk memasukkan kad SIM nano dan kad memori
Jangan potong kad SIM anda, contohnya menggunakan pisau atau gunting, kerana ini boleh
merosakkan peranti anda.
1
Menggunakan kuku anda, seret keluar bekas kad SIM nano.
2
Letakkan kad SIM dengan kemas dalam orientasi betul seperti yang ditunjukkan
dalam ilustrasi.
3
Masukkan kad memori dalam orientasi yang betul ke dalam slot kad memori
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
4
Tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam slot sehingga ia masuk ke dalam
tempatnya.
Untuk mengeluarkan kad SIM nano
1
Dengan skrin menghadap ke bawah, buka dan seret keluar bekas kad SIM nano
menggunakan kuku anda.
2
Keluarkan kad SIM nano, kemudian tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam
slot sehingga ia masuk ke dalam tempatnya.
Untuk mengeluarkan kad ingatan
1
Matikan peranti anda.
2
Seret keluar penutup untuk bekas kad SIM nano dengan peranti menghadap ke
bawah.
3
Tolak dengan lembut dan keluarkan kad memori, kemudian tolak kembali bekas
dengan lembut ke dalam slot sehingga ia masuk ke dalam tempatnya.