Mempertingkatkan output bunyi
Anda boleh mempertingkatkan bunyi peranti anda dengan mendayakan tetapan bunyi
individu secara manual seperti bunyi Penyama dan Sekeliling. Anda boleh mendayakan
penormal Dinamik untuk meminimumkan perbezaan kelantangan antara lagu atau video.
Anda juga boleh meningkatkan kualiti fail muzik yang dimampatkan kepada menghampiri
kualiti Audio Resolusi Tinggi apabila anda sedang menggunakan fon kepala berwayar.
Untuk meningkatkan output bunyi secara automatik
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Tetapan audio.
3
Dayakan fungsi
ClearAudio+ dengan mengetik penggelangsar.
Untuk melaraskan tetapan bunyi secara manual
1
Dari skrin Laman Utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Tetapan audio.
3
Jika fungsi
ClearAudio+ didayakan, ketik penggelangsar untuk mendayakan
fungsi tersebut.
4
Ketik
Kesan bunyi > Penyama.
5
Laraskan tetapan bunyi dengan menyeret butang jalur frekuensi ke atas atau ke
bawah.
Pelarasan manual tetapan output bunyi tiada kesan ke atas aplikasi komunikasi suara.
Contohnya, tiada perubahan dalam kualiti bunyi panggilan suara.
64
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk meminimumkan perbezaan kelantangan menggunakan penormal Dinamik
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi > Tetapan audio.
3
Dayakan fungsi
Penormal dinamik dengan mengetik penggelangsar.