Sony Xperia XA1 - Tetapan skrin

background image

Tetapan skrin

Untuk melaraskan kecerahan skrin secara manual tanpa mengambil kira keadaan

pencahayaan

1

Dari skrin Laman Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan dan ketik penggelangsar Kecerahan mudah

suai untuk menyahdayakan fungsi ini, jika ia belum dinyahdayakan.

3

Ketik

Tahap kecerahan.

4

Seret penggelongsor untuk melaraskan kecerahan.

Merendahkan paras kecerahan membantu bateri bertahan lebih lama.

Untuk mendayakan atau menyahdayakan getar pada sentuhan

1

Dari skrin Laman Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Bunyi > Bunyi lain.

3

Ketik penggelangsar

Getar pada ketikan untuk mendayakan atau melumpuhkan

fungsi tersebut.

Untuk melaraskan masa melahu sebelum skrin dimatikan

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan > Tidur.

3

Pilih satu pilihan.

Untuk mematikan skrin dengan cepat, tekan sebentar kekunci kuasa .

59

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk melaraskan saiz fon

1

Dari skrin Laman Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan > Saiz fon.

3

Buat pilihan yang diutamakan.

Untuk melaraskan saiz paparan

1

Dari skrin Laman Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan > Saiz paparan.

3

Seret penggelangsar untuk membuat pilihan yang diutamakan.

Untuk melaraskan imbangan putih paparan

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan > Imbangan putih.

3

Seret penggelongsor ke kedudukan yang diingini untuk imbangan putih.

Untuk mengembalikan tetapan imbangan putih kepada nilai lalainya, ketik >

Nilai lalai.

Kawalan cahaya latar pintar

Kawalan cahaya latar pintar memastikan skrin dihidupkan selagi peranti dipegang.

Sebaik sahaja anda meletakkan peranti, skrin dimatikan mengikut tetapan tidur.

Untuk mendayakan atau menyahdayakan fungsi kawalan lampu belakang Pintar

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan > Kawalan cahaya latar pintar.

3

Ketik penggelangsar untuk mendayakan atau melumpuhkan fungsi tersebut.

Sematan skrin

Gunakan sematan skrin untuk menetapkan peranti anda supaya memaparkan skrin

aplikasi tertentu sahaja. Sebagai contoh, jika anda bermain sesuatu permainan dan anda

tersentuh kekunci navigasi Skrin Utama secara tidak sengaja, ciri sematan skrin

menghalang skrin aplikasi permainan aktif daripada diminimumkan. Anda boleh

menggunakan ciri ini juga apabila anda meminjamkan peranti kepada orang lain untuk

menyukarkan mereka mengakses lebih daripada satu aplikasi. Sebagai contoh, anda

boleh meminjamkan peranti anda kepada seseorang untuk mengambil foto dan

mengepin skrin pada aplikasi Kamera supaya orang itu tidak boleh menggunakan

aplikasi lain seperti E-mel dengan mudah.

Sematan skrin bukan ciri keselamatan dan tidak menghalang pengguna lain daripada

menyahsemat skrin dan mengakses peranti anda dengan sepenuhnya. Untuk melindungi data

anda, anda perlu menetapkan peranti anda supaya meminta PIN kunci, kata laluan atau corak

skrin sebelum seseorang boleh menyahsemat skrin.

Untuk mendayakan atau menyahdayakan sematan skrin

1

Dari

Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengepinan skrin.

3

Ketik penggelangsar untuk mendayakan atau melumpuhkan fungsi tersebut.

4

Jika anda telah mendayakan sematan Skrin, anda boleh mengetik penggelangsar

Prlukn corak buka knci utk buka pin untuk mendayakan atau menyahdayakan

fungsi keselamatan tambahan ini, seperti yang dikehendaki.

Corak, PIN atau kata laluan tidak wajib untuk penyematan skrin berfungsi.

Untuk mengepin skrin

1

Pastikan sematan skrin diaktifkan pada peranti anda.

2

Buka aplikasi dan pergi ke skrin yang anda mahu pinkan.

3

Ketik .

4

Untuk memaparkan ikon pengepinan skrin , leret ke atas.

5

Ketik .

6

Dalam tetingkap timbul yang muncul, ketik

Faham.

60

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk membuka pin skrin

Pada skrin yang dipinkan, sentuh terus sehingga skrin dinyahpin.

Jika anda memilih pilihan keselamatan apabila anda mengaktifkan fungsi pengepinan skrin,

anda perlu memasukkan corak, PIN atau kata laluan anda untuk membuka kunci peranti

sebelum pin pada skrin boleh dibuka.